Pages

Wednesday, October 24, 2012

A work in progress

Salam...

Sejak rumah tgh renovate ni kehidupan rase agak boring..mane taknyer tugasan harian telah berubah..tak boleh nak memasak..menjahit..nak terlentang2 tergolek dengan amannye dpn tv, makan2 dgn tenang kat dapur...kesian kan..space pun terhad..hanye master room dan ruang tamu je lah boleh pakai..tu pun kat ruang tamu tu lah ade peti ais, toto, almari buku, almari baju, kotak dapur yang baru beli, kabinet tv, tv...sangatlah tak best...sian anak2 aku nak main pun sempit je...nasib baik diorang ni tak banyak ragam..ok je..janji ade mainan..mainan pun banyak kene bersihkan..berhabuk..ni pun dah kurang ckit barang kat ruang tamu sbb barang2 yang lain sume aku dah tolak masuk bilik..semak fikiran aku tgk banyak tul barang kat ruang tamu..dua bilik tu dah siap pasang tiles..tu yang aku letak barang kat ctu jap..tu pun nanti nak kena kuarkan semula kotak2 tu sbb nanti diorang nak cat and wiring..ishhh bile lah nak siap umah ni...aku dah start merindui kain2 yang nak dijahit..aku tak bolehlah duduk2 saje xbuat aper2...pastu hari2 pening tak tau nak makan kat mane..kalo pagi tu pas antar aleesya terus beli sarapan...tengahari pas amik aleesya balik sekolah lak bungkus makanan tengahari pulak...malam pas mr ej balik keje, g cari makan malam pulak...aisshhh jemu tul...kalo yang tgk muka aku hari2 tapau makanan mesti ngat aku ni pemalas masak...hahahaha..

Rumah aku yang bahagian dapur tu dah dipecahkan...kejap je diorang ni pecahkan..ngatkan lame sgt..lebih kurang setengah jam je pecahkan dinding tu...table top diorang dah buat..tinggal letak tile atas tu..kitorang pilih table top kaler hitam...mula2 aku pilih putih..pastu Mr Ej ni tak suke dia kata nanti lame2 kat celah2 tile tu berdaki hitam...tu yang pilih tile hitam je lah...skarang ni tgh pening nak pilih kitchen cabinet yang macamane...huhuhu...kitorang dah survey...semuanye dalam anggaran 8k jugak..ni progress rumah kitorang..

ni dinding dapur yang belum dipecahkan lagi...


ni dah dipecahkan...kami buat L shape 10x10 kaki..

dpn tingkap tu nanti letak sinki..

sebelah pintu tu nanti akan letak mesin basuh...


1 comment:

  1. Kami adalah Syarikat Kontraktor Bumiputera yang Amanah dan Berwibawa. Berdaftar dengan SSM, PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan. Berpejabat di Alor Gajah. Bersedia ke mana saja untuk memberikan khidmat ubahsuai dalam dan luaran rumah dengan pakej harga patut menepati kemampuan yang setanding kualiti.

    Syarikat kami berlesen dengan CIDB Gred G1 bagi Sub Kepala B28- Pakar Ubahsuai, B02- Pakar IBS Sistem Kerangka Keluli, B03- Pakar kerja Pemulihan dan Pemuliharaan Bangunan, B08- Pakar Pemasangan Bahan Kalis Air, B13- Pakar pasang jubin dan kerja lepaan, B12- Pakar Aluminium / Keluli / Kaca, B14- Pakar Cat, B15- Pakar Bumbung dan Cladding Logam dan B24- Pakar Penyenggaraan Bangunan.

    Bandingkan harga, kualiti dan kewibawaan kami. Usah terpedaya dengan mereka yang tidak berlesen dan tidak diiktiraf kepakarannya. Ramai yang sudah terkena, tertipu dan alami kerugian. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik mangsa penjenayah. Hubungi kami sekarang.. 0196238062 sms / whatsapp..

    ReplyDelete